My Add

Thursday 23 August 2012

Wanita ditemui mati di sebuah hotel di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, KHAMIS,23 Ogos, 2012: Seorang wanita ditemui mati dipercayai akibat diserang angin ahmar di sebuah hotel bajet di Taman Skudai Baru, di sini, semalam.

Mayat wanita berumur 28 tahun itu ditemui di atas lantai di tepi katil pada jam 2.30 petang oleh seorang pekerja hotel itu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai, berkata wanita yang berasal dari Skudai dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di kawasan itu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, Isnin lalu.

"Tiada kecederaan pada tubuh wanita itu dan siasatan kini menjurus kepada tujuan dia menginap di hotel itu," katanya sambil memberitahu wanita itu adalah seorang janda dan mempunyai dua anak.

Beliau berkata, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan pada masa ini kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment