My Add

Wednesday 1 August 2012

AES kesan pemandu laju 12 Ogos

*ABDUL Rahim Bakri (dua dari kiri) menjadi model dengan berpakaian mengikut etika keselamatan semasa menunggang motosikal di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SLASA, 31 Julai, 201: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju akan mula dilaksanakan di seluruh negara 12 Ogos ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, AES kini dalam proses percubaan dan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri nanti, sistem tersebut akan digunakan sepenuhnya sebagai langkah penguatkuasaan.

Jelasnya, AES menggunakan kamera berteknologi tinggi bukan sahaja bagi mengesan pemandu laju, tetapi juga bagi mengesan pemandu yang melanggar lampu isyarat.

"Sebanyak 831 kamera akan dipasang bagi memantau keadaan trafik dengan 566 dipasang bagi tujuan mengesan pemanduan laju dan 265 kamera dipasang di lampu-lampu isyarat bagi mengesan pengguna jalan raya yang melanggar lampu isyarat merah," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment