My Add

Wednesday 1 August 2012

Kes Syaleza: Henti semua spekulasi

KUALA LUMPUR, SELASA, 31 Julai, 2012: Semua pihak diminta menghentikan sebarang spekulasi dan teori berhubung kematian Eksekutif Pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaafar, malam Sabtu lalu.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, teori-teori yang dibangkitkan dan diperdebat secara umum itu dibimbangi akan menjejaskan siasatan pihak polis.

"Berdasarkan prinsip maqasid syariah atau objektif syariah, setiap individu bukan sahaja mempunyai hak terhadap nyawanya tetapi juga hak terhadap maruah serta kehormatan dirinya.

"Oleh itu, kita di SukaGuam berpendapat bahawa ruang harus diberikan kepada pihak berkuasa bagi menentukan motif dan kesahihan kes tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, akhbar melaporkan mayat Syazela ditemui oleh suaminya pukul 7.25 malam selepas tidak menjawab panggilan ketika dipanggil untuk berbuka puasa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment