My Add

Sunday 26 August 2012

Ahli UMNO perlu jadi golongan paling berpengaruh - Shafie


*MOHD. Shafie Apdal (kanan) dan Nasir Tun Sakaran (dua dari kanan) bersalaman dengan ahli UMNO selepas merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Semporna di Semporna, Sabah, semalam.

SEMPORNA, SABTU, 25 Ogos, 2012: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mahu ahli parti itu menjadi golongan paling berpengaruh dalam masyarakat supaya dapat menggerakkan reformasi pembangunan dengan lebih pesat di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, setiap ahli UMNO perlu menjadi contoh teladan dalam usaha membawa perubahan dan menjayakan misi agenda nasional.

"Ahli UMNO perlu mengambil berat dan prihatin terhadap usaha memajukan pendidikan bagi melahirkan masyarakat berilmu yang dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.

"Mereka yang tidak berilmu, tidak melaksanakan tuntutan Islam akan sukar mengenal nikmat Allah, (sebaliknya) akan hidup dalam sengsara, miskin, dipandang hina dan tidak dihormati," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment