My Add

Sunday 26 August 2012

Beri perhatian dakwaan DAP sombong

PUTRAJAYA, SABTU, 25 Ogos, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat mengambil iktibar daripada pelbagai kenyataan termasuk parti pembangkang sendiri yang mendakwa DAP sebagai angkuh dan sombong.

"Ini merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh orang ramai," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau dan isteri, Tun Jeanne Abdullah di Bangunan Puspanitapuri di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan beberapa bekas pemimpin DAP yang mendakwa parti itu dipimpin oleh golongan yang sombong.

Kenyataan itu adalah rentetan daripada penafian Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang menggunakan perkataan 'sombong' dan 'angkuh' terhadap Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu mesyuarat PKR.

Sementara itu, majlis rumah terbuka Abdullah di sini meriah dengan ribuan pengunjung terdiri daripada tokoh korporat, wakil pertubuhan agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin parti politik yang mengucapkan selamat hari raya kepada Abdullah dan keluarga.

Majlis dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment