My Add

Tuesday 21 August 2012

Korban sambut raya demi tugas



*ANGGOTA Bomba dan Penyelamat negeri menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat negeri, Kuala Terengganu, semalam.

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
KUALA TERENGGANU,  ISNIN, 20 Ogos, 2012: Tiada istilah cuti raya mahupun masa untuk dihabiskan bersama keluarga pada hari yang mulia itu memandangkan ada insan lain yang lebih memerlukan khidmat mereka.

Itu antara pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang ditugaskan sepanjang hari raya ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Negeri Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Radzilah (gambar), hampir semua anggota bomba khususnya yang bertugas di bahagian operasi dibekukan cuti mereka untuk tujuan tersebut.

Katanya, pembekuan cuti itu berkuat kuasa selama 15 hari iaitu seminggu sebelum sehingga seminggu selepas sambutan hari raya bagi memastikan setiap operasi berjalan lancar. - UTUSAAN

No comments:

Post a Comment