My Add

Wednesday 1 August 2012

Tingkatkan infrastruktur kampung

*MOHD. Shafie Apdal (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Felcra kepada Pusat Hafazan Al-Quran, Maahad Tahfiz al-Quran Kerdau pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Felcra di Kampung Seri Ketumbit , Temerloh, Pahang, kelmarin. - BERNAMA

Oleh ALI MAHMOOD dan 
SALEHUDIN MAT RASAD
TEMERLOH, SELASA, 31 Julai, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terus komited meningkatkan kemudahan infrastruktur di lebih 25,000 kampung di seluruh negara bagi memberi kemudahan terbaik kepada penduduk.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini selaras dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pembangunan luar bandar yang membabitkan projek pembinaan jalan, bekalan air bersih dan elektrik 24 jam.

"Mengenai projek pembinaan jalan luar bandar pula, kerajaan berjaya membina jalan baru sejauh 2,515.61 kilometer berbanding sasaran asal 2,062.05 kilometer menjelang akhir tahun ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment