My Add

Friday 3 August 2012

Ambil tindakan tegas terhadap guru, pusat tuisyen

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan tegas terhadap guru dan pusat tuisyen yang mengedarkan nota ringkas subjek Sejarah yang memaparkan karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut berkata, perbuatan itu tidak boleh dimaafkan kerana telah menyentuh isu agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Menurutnya, perkara seperti itu bukanlah yang pertama berlaku tetapi telah berulang kali dan perlu dikenakan tindakan tegas sebagai iktibar kepada pihak lain.

"Saya akui negara ini mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama, tetapi status Islam sebagai agama rasmi mesti dihormati dan difahami," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment