My Add

Friday 3 August 2012

NGO Islam, Pemuda UMNO terima mohon maaf

LEDANG, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Badan Kebajikan Imam-Imam Daerah Ledang, JawatankuasaImam-Imam Masjid Kariah Daerah Ledang serta Pemuda UMNO bahagian itu hari ini menerima permohonan maaf sebuah pusat tuisyen di Tangkak yang memaparkan karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

Penerimaan permohonan maaf itu dilakukan dalam satu sidang akhbar di Pejabat UMNO di sini yang turut dihadiri Pengurus pusat tuisyen tersebut, Lim Lee Yee bersama tenaga pengajar yang bertanggungjawab menyediakan bahan atau nota ringkas menghina Islam, Fu Chong Yoong.

Pengerusi Badan Kebajikan Imam-Imam Daerah Ledang, Salimin Abd. Ghani berkata, pihaknya menerima permohonan maaf tersebut walaupun merasa cukup terhina dan kecewa dengan perbuatan ditunjukkan guru terbabit.

Penerimaan maaf itu katanya, adalah kerana umat Islam tidak pernah berdendam, namun, tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang, di sini kelmarin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment