My Add

Friday, 3 August 2012

Kerjasama Malaysia-China perangi jenayah rentas sempadan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Malaysia dan China hari ini menandatangani perjanjian persefahaman sebagai satu usaha berterusan dalam memerangi jenayah rentas sempadan antara kedua-dua negara terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perjanjian yang ditandatangani di Beijing, China itu merupakan dokumen kerjasama keselamatan keempat yang dimeterai Malaysia dengan rakan strategik asing iaitu Arab Saudi, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Katanya, ia juga menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam menjalin kerjasama erat, terutamanya dengan agensi-agensi penguatkuasaan asing untuk menangani ancaman jenayah merentas sempadan yang semakin meningkat.

‘‘Perjanjian dengan China itu menyentuh kerjasama dalam empat bidang utama iaitu penguatkuasaan undang-undang, latihan penguatkuasaan undang-undang, penyelidikan saintifik serta pertukaran teknologi,' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment