My Add

Tuesday 21 August 2012

Anggota Mal-FPU bakar lemang ceriakan 1 Syawal

*KESELURUHAN anggota pasukan Mal-FPU dan Unpol di bawah panji PBB membakar lemang pada hari pertama Aidilfitri di Kem INAP Dili, Timor Leste. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

DILI, ISNIN, 20 Ogos, 2012: Biarpun jauh di perantauan demi menjalankan tugas yang diamanahkan kepada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun ia bukanlah halangan untuk mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah.

Sambutan perayaan itu di pangkalan Malaysia Formed Police Unit (Mal-FPU) di Institut Pentadbiran Awam Nasional (INAP) di sini oleh ahli keluarga PDRM tiada jauh bezanya di Malaysia.

Pegawai dan anggota PDRM yang bertugas sebagai pasukan Mal-FPU dan United Nations Police (UNPol) di sini turut membakar lemang dan mengacau dodol selain menghidangkan kuih-muih sambil dimeriahkan dengan dendangan lagu raya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment