My Add

Tuesday 28 August 2012

Angkasawan negara berkongsi pengalaman bersama pelajar

*ShYEIKH Muszaphar Shukor Shyeikh Mustapha berinteraksi dengan seorang pelajar ketika menyampaikan ceramah pada Program Mengangkasakan Impian di Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Terengganu, semalam. - UTUSAN/Kamarudin Hamzah

BESUT, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Angkasawan negara, Datuk Dr. Shyeikh Muszaphar Shukor Shyeikh Mustapha berkongsi pengalamannya bersama 800 pelajar pada Program Mengangkasakan Impian di Sekolah Menengah Imtiaz Besut dekat sini hari ini.

Program anjuran sekolah itu dan Yayasan Terengganu bertujuan memotivasikan pelajar agar bercita-cita tinggi dan berusaha menggapai impian walaupun kelihatan begitu sukar.

Shyeikh Muszaphar mengambil masa kira-kira dua jam menceritakan detik-detik mencabar sebelum berjaya terpilih daripada 11,475 orang yang mendaftar untuk menyertai program angkasa lepas Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment