My Add

Tuesday 28 August 2012

Penduduk Kg. Buah Pala kesal sikap Guan Eng

PULAU PINANG, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa bukan sahaja mempunyai keangkuhan luar biasa dalam parti, tetapi juga sebagai Ketua Menteri.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran berkata, dalam isu kampung yang pernah didiaminya, Guan Eng enggan mendengar permintaan penduduk dan begitu angkuh bertindak merobohkannya.

Selain itu, jelasnya, Guan Eng juga bertindak sedemikian beberapa hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan yang sepatutnya diraikan oleh penduduk dengan rasa kemegahan bukannya kesedihan.

"Memang benar dia (Guan Eng) angkuh sebab semasa kita minta Kampung Buah Pala dijadikan kampung warisan, dia tidak endahkan.

"Kami minta tangguh supaya rumah tidak dirobohkan, namun tidak dipenuhinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment