My Add

Tuesday, 28 August 2012

Nordi nekad bawa pulang anak sulung


*NURUL Safiza Nordi (kiri) memujuk Nur Masyita Amiera sambil diperhatikan Muhammad Nurhan selepas bapa mereka pergi ke Lampung, Indonesia sejak Jumaat lalu.

Oleh AZIZI MAJID 
JOHOR BAHRU, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Nordi Adi, 57, bapa Siti Norzana, 12, yang masih terkandas di Lampung, Indonesia nekad meninggalkan tiga anaknya di rumah mereka di Flat Kempas di sini sejak Jumaat lalu dalam usaha membawa pulang anak sulungnya itu ke negara ini.

Nordi didakwa pergi secara bersendirian ke negara jiran itu selepas usaha membawa pulang Siti Norzana pada 30 Jun lalu tidak berjaya kerana keluarga bekas isteri keduanya, Karsini Kaslam, 25, hanya membenarkan tiga anaknya, Nurul Safiza, 11, Muhammad Nurhan, 9, dan Nur Masyita Amiera, 8, dibawa pulang.

Nordi yang terdesak untuk mendapatkan semula anak sulungnya hanya memaklumkan hasratnya itu kepada seorang wartawan di sini sebelum dipercayai bertolak ke Indonesia menggunakan perkhidmatan feri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment