My Add

Friday 3 August 2012

Anwar, Mohd. Saiful diarah fail fakta dipersetujui

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan diarahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini memfailkan fakta-fakta yang dipersetujui dan isu-isu untuk dibicarakan dalam kes saman Ketua Pembangkang terhadap bekas pembantu peribadinya itu.

Perkara tersebut dibangkitkan semasa pengurusan kes itu di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam hari ini dengan kehadiran peguam Zamri Idrus mewakili Mohd. Saiful Bukhari dan Adeline Yew mewakili Anwar.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 September ini untuk lanjutan pengurusan kes berkenaan.

Anwar selaku plaintif memfailkan saman pada 30 Jun 2008 terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang didakwa berniat jahat ketika membuat laporan polis mengenai kes liwat membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, defendan mengetahui pertuduhan liwat itu adalah palsu, tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun tahun yang sama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment