My Add

Friday 24 August 2012

Asrama Unisel masih lengang

KUALA SELANGOR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Asrama pelajar di kampus induk Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya di sini masih lengang kerana tidak sampai 100 pelajar datang untuk mendaftar masuk di kaunter Syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) yang mula dibuka hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di kaunter JNSB mendapati kebanyakan yang hadir mendaftar merupakan pelajar tahun akhir dan akan memulakan pengajian pada Isnin ini.

Bagaimanapun, sebahagian daripada mereka yang datang dari kawasan sekitar Selangor dan negeri berdekatan pulang semula ke rumah masing-masing selepas selesai mendaftar dan mengambil kunci bilik asrama masing-masing.

Salah seorang pelajar yang ditemui, Nur Ainatul Mardiah Abd. Jalil, 20, berkata, dia datang selepas mengetahui melalui akhbar yang kaunter pendaftaran JNSB dibuka hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment