My Add

Friday 24 August 2012

Kenaikan harga beras sukar dielak

Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Kenaikan harga beras yang dijangka berlaku berikutan pembentukan kartel beras antarabangsa sukar dielakkan selagi Malaysia bergantung kepada import dari negara lain.

Sehubungan itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, kerajaan perlu menggandakan usaha memajukan sektor pertanian bagi mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran beras.

"Kita tidak boleh lari daripada hakikat harga beras akan naik selepas kartel terbentuk antara negara-negara pengeluar beras di Asia Tenggara.

"Satu-satunya jalan keluar ialah kita mesti memanfaatkan tanah luas yang ada untuk mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran beras," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media Thailand bahawa Menteri Perdagangan Thailand, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Laos akan menandatangani perjanjian untuk menubuhkan Persekutuan Beras ASEAN pada tahun ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment