My Add

Friday 24 August 2012

Hudud: Pas minta Karpal senyap

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Pengerusi DAP, Karpal Singh diminta supaya senyap dan berhenti daripada terus mempertikaikan hukum hudud yang beliau sendiri tidak arif mengenainya kerana ia boleh mengundang kemarahan umat Islam.,

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Karpal tidak faham bahawa dalam Islam terdapat juga hukum takzir iaitu hukumannya tidak ditentukan mengikut kadar kesalahan serta berbeza dengan pelaksanaan hudud dan qisas.

"Ini masalah Karpal. Dia tak faham bahawa dalam Islam, selain hudud dan qisas ada hukuman takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam al-Quran dan hadis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment