My Add

Thursday 2 August 2012

Balu pemandu teksi tekad mahu teruskan kerjaya suami

*RASIDAH Saad bersama anak-anaknya pada majlis penyerahan pampasan wang insurans kematian suaminya di Langkawi, Kedah, semalam.

LANGKAWI, RABU, 01 Ogos, 2012: Balu kepada pemandu teksi yang terbabit dalam kemalangan maut bersama tiga warga Arab baru-baru ini, bertekad untuk meneruskan kerjaya suaminya bagi menyara keluarga.

Rasidah Saad, 42, dari Kampung Behor Merah di sini berkata, dia akan membeli sebuah teksi untuk tujuan tersebut dengan menggunakan wang pampasan akibat kematian suaminya yang berjumlah RM71,000.

"Saya akan meneruskan hasrat arwah suami sebagai pemandu teksi dan kini saya sedang mengikuti kursus lesen memandu kenderaan awam (PSV) untuk tujuan itu," katanya selepas menerima cek berjumlah RM71,000 daripada Syarikat Perusahaan Wijaya dan Allianz Ganeral Insurance Company (M) Sdn. Bhd., di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment