My Add

Thursday 2 August 2012

CIQ Melaka jadi pusat transit

*MOHD. Ali Rustam (bersongkok) melawat Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen Melaka di Pelabuhan Sungai Melaka, Melaka, semalam.

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
MELAKA, RABU, 01 Ogos, 2012: Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Melaka di Pelabuhan Sungai Melaka, di sini yang mula beroperasi hari ini akan dijadikan pusat transit pekerja Indonesia ke negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, perkara itu dipersetujui secara dasar setelah mengambil kira keupayaan CIQ Melaka bernilai RM73 juta tersebut menampung sehingga satu juta pelancong setahun.

Beliau berkata, dengan adanya pelabuhan bertaraf antarabangsa itu kerajaan negeri boleh memulakan perancangan menjadikan Melaka sebagai pusat pendaratan dan pelepasan pekerja-pekerja luar terutama dari Indonesia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment