My Add

Thursday 2 August 2012

Polis pantau bekas pemimpin Hindraf

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Ogos, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa memantau tindakan bekas pemimpin pertubuhan haram Hindraf, P. Waythamoorthy yang kembali semula ke Malaysia hari ini agar tidak menjejaskan keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kepulangan Waythamoorthy tidak akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara selagi beliau mematuhi undang-undang negara ini.

"Kita harapkan beliau pulang ke negara ini dengan tidak buat kacau dan apa-apa perkara yang boleh menyalahi undang-undang, kalau dia kembali dengan niat baik seperti rakyat Malaysia yang lain, PDRM tidak akan ambil apa-apa tindakan," katanya kepada pemberita selepas meninjau bazar Ramadan di Bangsar di sini bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment