My Add

Thursday 2 August 2012

Bayar saman serta-merta masih cadangan

KUALA LUMPUR, 01 Ogos, 2012: Langkah menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan setiap pesalah lalu lintas membayar saman serta-merta masih di peringkat cadangan.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, banyak perkara yang perlu dikaji sebelum cadangan itu dilaksanakan.

"Biarlah kami bincang dan nilai dahulu keberkesanan sistem ini, dan adakah ia wajar dilaksanakan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas meninjau Bazar Ramadan di Bangsar di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam bersama Agensi Penguat Kuasa Pengangkutan Awam, Tun Zaki Azmi menyarankan kerajaan menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan setiap pesalah lalu lintas membayar saman serta-merta sebagai langkah untuk mendidik masyarakat mematuhi undang-undang jalan raya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment