My Add

Thursday 2 August 2012

NGO sokong saman AKSB

KOTA BHARU, RABU, 01 Ogos, 2012: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyokong penuh hasrat Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Pas Kelantan serta syarikat miliknya, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang sebelum ini mengadakan beberapa perhimpunan mendesak kerajaan Pas Kelantan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri ini menyifatkan langkah tersebut amat tepat kerana rakyat telah terseksa sejak sekian lama.

Pengerusi Tukar, Kamaruddin Mohd. Kasim (gambar) berkata, masalah bekalan air bersih itu bukan sahaja berlaku di Pasir Mas tetapi di seluruh negeri ini.

"Kita menyokong penuh dan akan bersama dengan Ibrahim sekiranya beliau mahu membawa isu ini ke mahkamah kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Kelantan keseluruhannya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment