My Add

Thursday 2 August 2012

Selangor paling ramai pemilih - SPR

KUCHING, RABU, 01 Ogos, 2012: Daftar Pemilih Induk (DPI) sehingga suku Tahun 1/2012 yang diwartakan pada 7 Jun lalu merekodkan seramai 12.9 juta rakyat Malaysia telah mendaftar sebagai pengundi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada jumlah itu, negeri yang mencatat bilangan paling ramai pemilih adalah Selangor iaitu 1.9 juta orang.

Tambahnya, negeri-negeri lain yang turut mencatat jumlah pengundi tertinggi adalah Johor iaitu seramai 1.5 juta pemilih diikuti Perak (1.3 juta) dan Sarawak (1 juta).

"Berbanding dengan jumlah sebenar rakyat yang layak mengundi, rekod ini menunjukkan masih ramai yang belum mendaftar sebagai pemilih.

"Sebagai contoh di Sarawak sahaja, kira-kira 300,000 orang yang layak belum mendaftarkan diri," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment