Ahmad Jaafar |
KUALA LUMPUR, SELASA, 31 Julai, 2012: Bekas kakitangan Jabatan Pengarang Utusan Malaysia, Ahmad Jaafar meninggal dunia di rumahnya di Taman Selayang Utama, Batu Caves dekat sini tengah malam tadi.
Allahyarham yang berusia 65 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah malam di sisi isteri dan dua orang anaknya.
Isterinya, Ainul Zaharah Ahmad Mahayuddin, 50-an, berkata, suaminya menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
"Arwah baru sahaja selesai menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara pada bulan lalu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, suaminya sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda akan meninggalkan keluarga bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini selera makannya meningkat.
No comments:
Post a Comment