My Add

Wednesday 1 August 2012

Mangsa mercun trauma dengar bunyi letupan

*SHAIRAH Samad menunjukkan tangan kiri anaknya, Wan Mohd. Zafuan Wan Zadri yang terkena mercun buatan sendiri di Tumpat, Kelantan, semalam.

TUMPAT, SELASA, 31 Julai, 2012: "Setiap kali bunyi letupan mercun, badan menggeletar dan saya akan bersembunyi kerana masih lagi trauma dengan kejadian itu".

Demikian pengakuan mangsa letupan mercun, Wan Mohd. Zafuan Wan Zadri, 13, yang hilang empat jari kiri selepas mercun buatan sendirinya tiba-tiba meletup dalam kejadian 26 Ogos tahun lalu.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu turut mengakibatkan anak kedua dari empat beradik berkenaan mengalami kecederaan di bahagian lulut dan terpaksa menjalani pembedahan selepas batang besi paip yang diisi dengan ketulan karbaid meletup dan tertusuk di lutut kanannya.

Wan Mohd. Zafuan berkata, meskipun hampir setahun kejadian itu berlaku, ia masih segar dalam ingatannya terutama setiap kali menjelang Ramadan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment