KUALA LUMPUR, SELASA, 31 Julai, 2012: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengarahkan kerja-kerja pembinaan pagar keluli oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) di Taman Awam Bukit Kiara dihentikan serta-merta.
Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, arahan itu dibuat selepas menimbang bantahan seluruh persatuan penduduk dan persatuan pencinta alam sekitar yang mendakwa pembinaan pagar berkenaan telah merosakkan ekologi dan hutan seluas 466.8 ekar di taman awam itu.
"Kerja-kerja pembinaan pagar setinggi 3.5 meter dan sepanjang 4.7 kilometer yang sudah 80 peratus siap perlu dihentikan sekarang.
"Malah, JLN telah diarahkan supaya melihat cara terbaik untuk memulihkan semula kerosakan yang berlaku di hutan taman itu dengan segera," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi perbincangan bersama wakil-wakil persatuan penduduk Bukit Kiara dan persatuan pencinta alam, di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment