My Add

Tuesday 28 August 2012

MRA jangka beroperasi di Myanmar selama 6 bulan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Malaysian Relief Agency (MRA) menyasarkan untuk beroperasi selama enam bulan di Myanmar dalam usaha membantu meringankan kesengsaraan mangsa konflik etnik Rohingya.

Pengarah Eksekutifnya, Mohd. Shahrulazilan Said berkata, MRA akan membuka pejabat satelit di Yangon untuk menyelaras bantuan dan menyalurkan sumbangan daripada Tabung Kemanusiaan Rohingya yang ditubuhkan dengan kerjasama Kumpulan Utusan.

Menurut beliau, pasukan logistik terdiri daripada dua pegawai MRA akan bertolak ke Yangon minggu hadapan bagi membeli bekalan makanan dan barangan keperluan lain untuk diagih-agihkan kepada masyarakat Rohingya.

"Kita juga sudah menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan tempatan bagi membantu MRA mendapatkan bekalan makanan dan barangan keperluan dengan harga murah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment