My Add

Sunday 26 August 2012

DAP tidak beri peluang kepada ahli bela diri

PULAU PINANG, SABTU, 25 Ogos, 2012: Pemimpin DAP di peringkat akar umbi tidak diberikan ruang secukupnya untuk tampil membela diri oleh Lembaga Disiplin sekiranya mereka dikenakan tindakan akibat mengkritik pemimpin atasan dan parti tersebut.

Bekas ahlinya, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, perkara itu bukan rahsia besar lagi dalam DAP sehingga menyebabkan ramai yang mula angkat kaki daripada perjuangan parti itu yang dilihat semakin tersasar sejak diberikan kuasa oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

“Pemimpin bawahan tidak diberi peluang, malah akan dipecat terus jika mengkritik parti. Di negeri ini pula, jika ada ahli DAP yang tidak sehaluan dengan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, maka individu itu tidak akan mampu bertahan lama dalam parti.

“Bagaimanapun, jika anda mempunyai hubungan yang baik atau lebih tepat lagi kroni Guan Eng, maka orang itu mempunyai lesen besar untuk berbuat apa sahaja tanpa dikenakan tindakan disiplin," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment