My Add

Wednesday 22 August 2012

Buang pekerja Melayu: Hadi setuju tindakan Guan Eng?

KUALA TERENGGANU, SELASA, 21 Ogos, 2012: Rumah Terbuka Bersama Perantau anjuran Pas semalam agak tegang seketika apabila sesi dialog bersama Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diterjah dengan soalan 'panas' mengenai kepimpinan DAP Pulau Pinang yang didakwa membuang ramai pekerja Melayu di bawah pentadbirannya.

Soalan tersebut ditimbulkan oleh seorang wanita yang merupakan pekerja di sebuah jabatan kerajaan di negeri itu yang mendakwa ramai orang Melayu di jabatannya telah diberhentikan kerja tanpa sebab.

Wanita yang enggan dikenali itu juga mempersoalkan kerjasama Pas dengan DAP dalam konteks menjaga hak orang Melayu di jabatan kerajaan di bawah pentadbiran parti yang diketuai oleh Lim Guan Eng tersebut.

Bagaimanapun, Abdul Hadi ketika menjawab soalan itu seolah-olah menyokong tindakan yang diambil oleh rakan sekutunya apabila menyatakan tindakan tersebut adalah perkara biasa setiap parti yang memerintah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment