My Add

Wednesday 1 August 2012

Bufet Ramadan dicampur ramuan arak

KUCHING, SELASA, 31 Julai, 2012: Sebuah restoran berhampiran Bulatan Budaya di sini yang tidak memiliki sijil halal bukan sahaja menawarkan Bufet Ramadan, malah didapati mencampurkan bahan perasa arak ke dalam sajian yang dihidangkan kepada pelanggan.

Tindakan itu dikesan dalam satu operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri serta Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) pada petang ini.

Pengarah PPDNKK negeri, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, pihaknya mendapati premis yang turut menjual pelbagai jenis arak itu mempromosi restorannya dengan memasang kain rentang 'Bufet Ramadan' walaupun ramuan yang digunakan dalam makanan tidak halal.

Katanya, tindakan tersebut mengelirukan umat Islam yang ingin berbuka puasa dan ia merupakan satu kesalahan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment