My Add

Wednesday 1 August 2012

Empat keluarga dapat perhatian Takaful Ikhlas

*YUSHIDA Husin (tiga dari kiri) bersama Ketua Operasi Lembaga Zakat Selangor, Mohd. Syukri Hushin (kanan) pada Program Terjah Iftar Barakah di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, SELASA, 31 Julai, 2012: Sempena menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, Takaful Ikhlas melancarkan Program Terjah Iftar Barakah bagi menyalurkan sumbangan kepada empat keluarga kurang berkemampuan di Shah Alam, Puchong dan Petaling Jaya.

Naib Presiden Kanan Jabatan Perkhidmatan Korporatnya, Yushida Husin berkata, program tersebut merupakan pertama kali diadakan syarikat insuran itu dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi memberi bantuan kepada empat keluarga miskin terlibat yang mempunyai pendapatan kurang RM1,000.

"Takaful Ikhlas menerima senarai beberapa keluarga yang layak menerima bantuan untuk program ini daripada LZS. Program ini akan menggunakan konsep terjahan atau datang terus yang penerima bantuan tidak mengetahui kehadiran kami," katanya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment