My Add

Thursday 2 August 2012

Cari jalan lain beri ruang pengguna bela diri

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Ogos, 2012: Cadangan mewajibkan pesalah lalu lintas membayar saman serta-merta di tempat mereka ditahan penguat kuasa disifatkan sebagai tindakan membelakangkan keadilan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, tindakan itu tidak adil kerana ia hanya bertujuan memudahkan kutipan saman, bukan situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak antara penguat kuasa dan pengguna.

"Ikut undang-undang, mana-mana pesalah pun boleh membawa kes ke mahkamah. Jadi tindakan memaksa bayar saman serta-merta membelakangkan hak keadilan pengguna.

"Pihak penguat kuasa patut mencari jalan lain untuk meningkatkan kutipan saman mereka, bukan dengan cara ini (bayar saman serta-merta)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment