My Add

Thursday 2 August 2012

DAP Pulau Pinang digesa tidak dwistandard

PULAU PINANG, RABU, 01 Ogos, 2012: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa membatalkan kelulusan kepada pemaju yang mahu menjalankan projek pembangunan di lereng bukit di Taman Desaria, Sungai Ara di sini, bagi menunjukkan mereka tidak mengamalkan sikap dwistandard.

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan Pulau Pinang, Teh Leong Meng berkata, ia berikutan permohonan sama oleh pemaju lain pernah ditolak kerajaan negeri pada 19 Jun lalu.

"Permohonan bagi projek pembangunan terbaru itu sewajarnya dibatalkan kerana ia lebih tinggi dan bakal didirikan pada kedudukan lebih curam.

"Kita juga ingin mendapatkan penjelasan adakah undang-undang kerajaan negeri tidak sama untuk setiap orang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Projek pembangunan Sunway City Berhad (SunCity) di lereng bukit Sungai Ara itu telah diberikan kelulusan oleh kerajaan negeri pada 21 Februari lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment