My Add

Thursday 2 August 2012

Wang rakyat biayai kos guaman Rafizi

SHAH ALAM, 01 Ogos, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan menggunakan wang rakyat negeri ini bagi membiayai kos guaman Rafizi Ramli yang dihadapkan ke mahkamah hari ini, atas tuduhan mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan berkaitan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada dua petugas media pada Mac lalu.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan kos tersebut akan ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri menerusi dana khas berjumlah RM5 juta di bawah Geran Selangorku.

Sambil mengecam penahanan Rafizi, beliau menganggap pembiayaan kos guaman Pengarah Strategi PKR itu menggunakan wang rakyat sebagai cara kerajaan negeri memastikan wang tersebut ditadbir urus secara adil dan berhemah.

"Kerajaan negeri telah menyediakan dana khas untuk membantu membiayai kos guaman Rafizi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment