My Add

Sunday 26 August 2012

Mesti tangani 'pencipta katak'

Oleh SOFIAN BAHAROM
KUALA LUMPUR, SABTU, 25 Ogos, 2012: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa menangani terlebih dahulu pakar 'pencipta katak' iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum melaksanakan undang-undang anti lompat parti di negeri itu.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya menjadi individu pertama ditemui Guan Eng berhubung undang-undang tersebut berikutan kecenderungan tinggi Anwar ke arah politik lompat parti sejak dahulu lagi.

Namun, beliau berkata, sehingga kini Setiausaha Agung DAP itu bersama bapanya, Lim Kit Siang terus berdiam diri terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut, terutama ketika Anwar menjanjikan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat ke parti pembangkang pada 16 September 2008. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment