My Add

Thursday 2 August 2012

Desak Pas nyata jumlah sebenar sumbangan rakyat

KOTA BHARU, RABU, 01 Ogos, 2012: Kerajaan Pas Kelantan didesak supaya memberikan penjelasan mengenai jumlah sebenar wang sumbangan rakyat yang telah diterima bagi pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), Kamaruddin Mohd. Kasim berkata, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa bahawa sumbangan yang diterima setakat ini telah mencecah RM1 juta menimbulkan banyak persoalan.

In kerana katanya, semasa majlis pecah tanah pada 28 Mei lalu, pelbagai pihak dilaporkan telah memberikan sumbangan termasuk anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah sebanyak RM1 juta.

"Pihak kerajaan negeri terima replika cek daripada Ladang Sungai Terah sebanyak RM1 juta, rakyat melihat sumbangan sudah ada RM1 juta, sumbangan lain juga sudah ratusan ribu," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment