My Add

Sunday 26 August 2012

Dewan Ulama Pas Kelantan enggan ulas

KOTA BHARU, SABTU, 25 Ogos, 2012: Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud enggan mengulas dakwaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bahawa pihaknya menyediakan khutbah Aidilfitri berunsur politik dan mengajak orang ramai kepada perpecahan.

Mohamed berkata, beliau tidak mahu mengulas sebarang kenyataan yang keluar daripada mulut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan dalam masa sama bimbang jika ulasannya diputarbelitkan media.

"Tidak ada apa, pasal Ibrahim itu tidak perlu tulis, saya tidak mahu ulas, nanti wartawan tersilap," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Ibrahim yang menyelar tindakan kerajaan Pas Kelantan membenarkan imam dan khatib di masjid serta surau negeri ini membaca khutbah Aidilfitri dikeluarkan Dewan Ulama Pas Kelantan yang didakwa menyimpang daripada tujuan asal dan boleh mengundang perpecahan umat Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment