
*MUSTAPA Mohamed bersalaman dengan salah seorang tetamu yang hadir pada majlis Rumah Terbuka UMNO Kelantan di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU, SABTU, 25 Ogos , 2012: Pemimpin Pas diminta tidak berdolak-dalik berhubung pelaksanaan hukum hudud memandangkan mereka tidak membuat sebarang persiapan ke arah itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, persiapan dan perancangan teliti perlu dilakukan sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan di negara ini.
Menurut beliau, apa yang berlaku, pemimpin Pas sendiri sebenarnya tidak sependapat dalam melaksanakan syariat Islam tersebut.
"Isu ini isu pelaksanaan, pihak Pas pun nampak berbelah-bahagi ada yang nak buat sekarang dan ada yang kata tak sesuai lagi, maknanya Pas pun tidak tentu pendirian," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment