My Add
Saturday, 18 August 2012
Dua mati lemas, tiga masih hilang
*SEORANG tekong diselamatkan dalam kejadian bot pancung karam akibat dipukul ombak berhampiran Tanjung Pengelih, Kota Tinggi, Johor Bahru, semalam.
Oleh AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Hajat enam warga Indonesia untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta di kampung halaman, tidak menjadi kenyataan setelah dua daripada mereka mati lemas dan tiga lagi masih hilang apabila bot pancung dinaiki karam dipukul ombak berhampiran Tanjung Pengelih, Kota Tinggi dekat sini semalam.
Kejadian berlaku pukul 12 tengah hari semalam, semasa mereka yang tinggal dan bekerja di negara ini secara haram cuba menyeludup pulang ke kampung masing-masing menaiki bot berkenaan.
Mayat pertama mangsa dikenali sebagai Shamsuddin, 34, ditemui pukul 2 pagi di perairan Singapura oleh polis pengawal pantai Singapura sementara satu lagi mayat lelaki ditemui pada pukul 6 petang di 3 batu nautika tenggara Tanjung Stapa. - UTUSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment