My Add

Saturday, 18 August 2012

'Kami tidak maafkan dia' - Bapa Nurul Firzanah


*SHAHRIZAT Abdul Jalil memeluk Norhiyati Abdul Hamid ibu kepada Nurul Firzannah Mat Zaki semasa lawatan beliau ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk memberi sumbangan di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Mat Zaki Mat Hussin (kanan).

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Ibu bapa kepada mangsa terbakar, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, tidak sesekali akan memaafkan perbuatan suspek yang tergamak menyimbah petrol dan membakar anaknya berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, Isnin lalu.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, seluruh keluarganya tidak akan memaafkan perbuatan suspek itu yang memperlakukan mangsa sedemikian rupa sedangkan mereka sudah mengenali sejak kecil.

Katanya, dia berasa sangat sedih melihat keadaan anaknya itu yang sedang kritikal dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang sangat kejam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment