My Add

Saturday 4 August 2012

Empat Geng Kerinchi tumpas

*AB. Rashid Ab. Wahab (dua dari kanan) menunjukkan pedang yang digunakan Geng Kerinchi untuk menyamun mangsa pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Hulu Langat, Selangor, semalam. - UTUSAN/SAFIYANA SALIM

HULU LANGAT, JUMAAT, 03 Ogos , 2012: Polis menumpaskan satu kumpulan penjenayah warga asing dikenali sebagai Geng Kerinchi yang didakwa mahir menggunakan ilmu sihir untuk melakukan jenayah pecah rumah ekoran tertangkapnya empat anggotanya, Jumaat lalu.

Kesemua mereka yang berasal dari Sumatera, Indonesia itu diberkas polis beberapa jam selepas memecah masuk rumah milik seorang pengurus kilang berusia 30-an di Bandar Tech, Kajang.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, suspek menggunakan tong gas untuk memecah masuk sebelum mengacukan pisau dan mengikat mangsa, isteri, pembantu rumah serta tiga anak pasangan tersebut seterusnya melarikan pelbagai barangan berharga seperti barang kemas dan jam tangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment