My Add

Saturday 4 August 2012

Sindiket curi kuota pekerja asing

*FAIZAL Fazri Othman (tengah) menunjukkan dokumen palsu serta pasport yang berjaya dirampas daripada sindiket pemalsuan dokumen ketika mengadakan sidang media di Wisma Persekutuan, Seremban, semalam.

SEREMBAN, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Satu sindiket mencuri kuota yang diberikan kepada syarikat pengambilan pekerja asing terbongkar selepas Jabatan Imigresen negeri ini menahan lima lelaki dalam beberapa serbuan baru-baru ini.

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, kesemua lelaki termasuk dua warga asing itu ditahan pada Rabu dan Khamis lalu dalam serbuan di bandar ini dan Kuala Lumpur.

"Kesemua suspek yang ditahan itu berusia 25 hingga 40-an, dipercayai aktif sejak lima bulan lalu, sebelum kita dapat menjejaki modus operandi mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment