My Add

Saturday 4 August 2012

Suspek samun mati ditembak cuba serang polis

KUALA LUMPUR, JUMAAT, O3 Ogos, 2012: Seorang suspek kes samun yang meloloskan diri ketika hendak menaiki kenderaan polis selepas disambung reman di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini, mati ditembak selepas cuba menyerang anggota pasukan itu dengan parang ketika hendak dikepung berhampiran loji Puncak Templer, Selayang petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, suspek berusia 26 tahun mati selepas cedera parah akibat terkena tiga das tembakan di perut.

Sebelum itu, suspek bersama tahanan lain dibawa masuk ke mahkamah terbabit untuk proses permohonan bagi melanjutkan reman selama enam hari kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ketika polis membawa suspek bersama tahanan lain menaiki sebuah kenderaan polis, dia tiba-tiba melarikan diri ke arah bangunan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang terletak kira-kira 900 meter dari mahkamah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment