My Add

Thursday 2 August 2012

Gangguan bekalan air esok di Kelantan

KOTA BHARU, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Kira-kira 5,000 penduduk di sini dan Pengkalan Chepa akan mengalami gangguan sementara bekalan air bersih esok berikutan kerja penyelenggaraan (ujian tekanan) dilakukan di Loji Rawatan Air di Tanjung Mas.

Eksekutif Hal Ehwal Pengguna Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), Hazwan Hassan berkata, kawasan yang terlibat ialah Kampung Chekok, Chempaka, Kampung Tanjung Mas, Kampung Chat, Taman Uda Murni, Kampung Kok Pasir, Paya Bemban, Kampung Kitang, Kampung Landak, Kampung Telok Puteri, Padang Bongor, Kampung Langgang, Kampung Setol dan pengguna di bandar ini.

Beliau berkata, AKSB melakukan ujian tekanan itu bagi pelaksanaan projek kajian kehilangan air tidak terhasil (NRW) di seluruh negeri dan tempoh gangguan dijangka berlaku antara 11 malam hingga 3 pagi keesokannya.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Info AKSB di talian 1300-88-2572. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment