My Add

Saturday 25 August 2012

Penganggur tawar khidmat seks dipenjara

KUALA LUMPUR, SABTU, 25 Ogos, 2012: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis, Rabu lepas.

Majistret Azmil Muntapha Abas memerintahkan Thung Siew Wan, 47, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap 22 Ogos lepas.

Siew Wan didakwa menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada Koperal Abd. Rashid Jamaludin, 30, dari cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan RHB Bank, Jalan Bukit Bintang, Dang Wangi di sini pada 10 malam 22 Ogos lepas.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment