My Add

Thursday 2 August 2012

George Kent Consortium dapat LOA projek lanjutan LRT Ampang

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Ogos, 2012: George Kent-Lion Pacific Consortium mendapat Surat Penerimaan (LOA) daripada Syarikat Prasarana Negara Bhd, Isnin lalu bagi projek lanjutan LRT Laluan Ampang yang berharga RM955.840 juta. 

Prasarana telah melantik konsortium itu sebagai kontraktor bagi kerja-kerja sistem projek itu.

George Kent berkata konsortium itu juga diberikan kontrak pembekalan Kelengkapan Berkaitan Sistem Kawalan Tren serta kerja-kerja yang mana Prasarana boleh memilih untuk meminta ia dilaksanakan bersama, dengan jumlah RM128.618 juta. 

Kontrak itu melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pengujian dan penugasan sistem isyarat, komunikasi kerja landasan dan rel ketiga, pembekalan elektrik kepada sistem dan kerja-kerja berkaitan yang lain untuk melanjutkan landasan LRT Laluan Ampang sepanjang 17.7km lagi, bagi menghubungkan stesen Sri Petaling sekarang ke Putra Heights, katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

George Kent telah wujud lebih 76 tahun lalu dan mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dalam industri pembinaan di Malaysia. 

Kontrak itu dijangka bermula serta merta dan dijangka siap dalam 44 bulan dari tarikh Surat Penerimaan. 

Kontrak itu tidak akan memberi sebarang kesan ketara ke atas perolehan kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2013 tetapi dijangka memberikan sumbangan positif kepada perolehan kumpulan pada masa akan datang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment