My Add

Wednesday 1 August 2012

Hasan setia bersama Pas jika dipimpin ulama, bersih parasit

KUALA LUMPUR, SELASA, 31 Julai, 2012: Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan, beliau akan terus setia bersama parti itu jika ia masih dipimpin oleh ulama dan bersih daripada golongan parasit yang merosakkan parti.

Beliau juga akan memberi sokongan jika Pas masih menjunjung perjuangan asalnya iaitu menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud tanpa perlu bersifat 'akur' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ujarnya, kesetiaan terhadap parti tersebut pudar selepas pilihan raya umum lalu apabila berlaku perubahan mendadak terutama setelah Pas mula bersekongkol dengan DAP dan PKR.

"Sekiranya Pas masih dipimpin oleh kepimpinan ulama yang bersih daripada golongan parasit yang merosakkan parti, nescaya saya akan memberikan taat setia yang tidak berbelah-bahagi malah rela mati mempertahankannya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment