My Add

Wednesday, 1 August 2012

Jangan buang masa kerajaan, parti - Musa

KOTA KINABALU, SELASA, 31 Julai, 2012: UMNO Sabah menyambut baik perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang membatalkan pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Musa Aman berkata, ia selaras dengan peruntukan undang-undang dan etika dalam parti dan kerajaan.

"Kalau kita tidak lagi percaya kepada pemimpin dan kerajaan, untuk apa kita pegang jawatan dalam kerajaan. Kalau kita pemimpin yang ada maruah dan prinsip sepatutnya awal-awal lagi kita letak jawatan.

"Tidak perlu menagih simpati untuk dipecat atau dibatalkan pelantikan jawatan hingga membuang masa pemimpin dan kerajaan melayan kerenah dan kepentingan peribadi kita," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment