My Add

Friday 24 August 2012

Pembangunan ekosistem pastikan syarikat MNC kekal

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Pembangunan ekosistem bagi perniagaan dan pelaburan mampu menjadi 'pengikat' kepada syarikat-syarikat multinasional (MNC) dan tempatan untuk terus berada di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Noharuddin Nordin berkata, strategi pembangunan ekosistem yang lengkap telah terbukti berkesan namun masih terdapat banyak ruang kosong dalam segmen tersebut di negara ini.

"Sebagai contoh, di Pulau Pinang banyak syarikat elektronik tertarik dengannya walaupun kos operasi dan harga tanah melambung, namun mereka masih berminat untuk melabur di sana.

"Ini kerana, kerajaan telah menyediakan satu ekosistem yang lengkap dalam bidang elektronik sejak 30 hingga 40 tahun lalu dan para pelabur tetap memilih negeri tersebut kerana semua pemain-pemain dalam rangkaian nilai elektronik berada di sana, " katanya kepada Utusan Malaysia di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment